Podcast Dari Lokal ke Global Macam Mana Nak Tembus Dunia E-Sports ke Antarabangsa
20 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2026, seorang peserta telah menonton video Podcast Dari Lokal ke Global Macam Mana Nak Tembus Dunia E-Sports ke Antarabangsa melalui platform LMS NADI E-Sukan dan YouTube Channel NADI e-Sukan. Podcast episod ke-16 ini diakses bagi memberi pendedahan tentang bagaimana pemain atau pasukan e-sukan boleh berkembang dari peringkat tempatan ke pentas antarabangsa. Sesi ini menekankan bahawa kejayaan dalam e-sukan bukan sahaja memerlukan kemahiran permainan, tetapi juga strategi, disiplin dan pendedahan yang luas.
Dalam modul ini, peserta mempelajari bahawa untuk menembusi arena antarabangsa, sesebuah pasukan perlu mempunyai komunikasi yang baik, latihan yang konsisten serta pengurusan pasukan yang teratur. Peserta turut didedahkan kepada perjalanan pemain profesional, cabaran yang dihadapi serta kepentingan membina jenama diri dalam industri e-sukan.
Selain itu, sesi ini juga menekankan bahawa usaha berterusan, semangat berpasukan dan sikap profesional merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan di peringkat global. Peserta dididik untuk sentiasa meningkatkan kemahiran, merebut peluang yang ada serta berani mencuba untuk melangkah lebih jauh dalam dunia e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: